THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, July 14, 2010

Sinopsis...


Seorang demi seorang lelaki mati kerana mencintainya. Ria Atira seorang gadis cantik yang dingin seperti ais. Dia ingin dicintai dan disayangi namun cintanya tidak sampai ke penhujung. Setiap lelaki yang mencintainya akan meninggalkan segala wang insurans ke atas namanya sebelum mereka mati. Itu bukti cinta yang dipinta...

Dan kematian Izwan seorang usahawan muda menarik teman baiknya Riyad Akashah seorang jurugambar bebas menjalankan penyiasatan terhadap Ria. Ini kerana Izwan meninggalkan wang insurans kematiannya di atas nama Ria dan bukan atas nama adiknya Asnida. Kematian Izwan yang mengejut juga menjadi tanda tanya kepada Riyad. Di sebalik kemalangan yang menimpa Izwan seakan ada agenda yang tersendiri.

Inspektor Azali seorang polis yang optimis dan kadang-kala hilang kawalan disebabkan oleh masalah rumahtangganya. Dia polis yang menjalankan penyiasatan terhadap kes kemalangan yang menimpa Izwan. Inspektor Azali tidak menganggap kematian adalah satu kemalangan tetapi satu pembunuhan yg dirancang!!!

Riyad dan Inspektor Azali menjalankan penyiasatan dengan cara tersendiri. Bukti-bukti yang mereka perolehi menjadikan Ria adalah suspek utama yang disyaki!!! Bermula dari kematian Izwan hingga membawa kepada kematian teman-teman lelaki Ria yang lain.

Ada Peraduan di sini!!!!
Kepada semua pelawat blog yang mennziarahi !!!!
Di sini kami perlukan tajuk yang kreatif untuk sinopsis novel di atas.Sekiranya anda dapat memberikan tajuk yang kena pada sinopsis novel di atas, dua buah novel akan menjadi milik anda. Coke And Sundae dan Antara Benci dan Rindu!!! Hanya seorang pemenang akan dipilih!!!! Tarikh tutup 30 Julai 2010.

5 comments:

Siti Soleha Yahaya said...

Su...akak cadangkan LURAH DENDAM...

nuri_8400 said...

saya cadangkan cinta berdarah ria atira

Solahiah Dhk said...

SEDINGIN SALJU :)

kairi said...

nilai satu janji

mentari cinta said...

tangisan berdarah...